Thursday, January 19, 2012

sambungan cerita..

Kin masih lagi terpinga-pinga. Hati masih meronta-meronta. Mahukan dan dahagakan bimbingan daripada orang yang sanggup menahan sabar berusaha memberi tunjuk ajarnya untuk kembali membaca Al-Quran. Umurnya sudah lagi tidak muda, sudah meninggalkan dunia belasan tahun.

Selama yang didengar dari mulut, kin selalu melafazkan..



"kak.. kin betul-betul tak reti baca Quran. Dah lama sangat kin tinggalkan.." , setiap kali kin luahkan, nampak berkaca, bergenang matanya.


Memang benar, bacaannya, tajwidnya, lafaznya, penuh dengan ketidak sempurnaan. 

Seperti kebiasaan, Kin bersama rakan-rakan diagihkan tugasan untuk menghafaz Surah Yasin bagi memenuhi silibus pembelajaran. Mungkin bagi kita semua, Surah Yasin adalah satu surah yang cukup mudah untuk di baca, di hafaz.. Tetapi... tidak bagi Kin..

Perit melihat bertapa bersusah payahnya Kin mencari dan terus mencari pembimbing. Tapi sungguh Baik, Maha Baiknya Allah, dia aturkan perjalanannya..

Kin : (membaca Surah Yasin dengan penuh ketidak sempurnaan).

Ustaz : Kejap.. kejap.. Awak ni.. Memang tak reti baca Al-Quran ke?


Mungkin dari kaca mata ustaz, dilihatkan pemakaian Kin, yang semakin hari semakin labuh melepasi dada. Semakin hari semakin longgar pemakaiannya, mungkin adalah seorang yang sekurang-kurangnya tahu membaca Al-Quran. 


Kin : Ya saya. (menundukkan pandangan, menahan air jernih daripada membasahi pipi)
Ustaz : Awak masih ada ibu dan ayah?
Kin : Ada ustaz. Tapi ustaz, tolong jangan salahkan ibu dan ayah saya. Mereka beri saya cukup segalanya, mereka hantar saya ke kelas-kelas mengaji. Cukup semuanya. Cuma diri saya ni saje,... selalu tidak hadir ke kelas. Selalu ambil  endah sahaja..



Perbualannya bersambung. Lalu ustaz menawarkan diri untuk menjadi pembimbing. Alangkah terlampau gembiranya Kin. Terlampau gembira sehingga berkaca-kaca mata berjumpa saya sambil berkata.


"Kaaaakkk. Kin sedih.. Kin sedih" 

Namun dalam hatinya, gembiranya terlampau tinggi. Syukurnya menjangkau langit. 

"Kak.. kin tahu.. kin tak pernah khatam Quran. Kin tahu, kin tak reti baca dan bezakan huruf-huruf dalam Al-Quran. Tapi kin bercita-cita sangat.. Sebelum Kin mati, Kin mahukan kelancaran membaca Al-Quran. Itu sahaja cita-cita Kin, kak. "



Mata Kak tidak hanya berkaca, tetapi Hujan.. Yang sungguh lebat..


Bersambung.. (tanpa janji)


p/s : True story. Tolong doakan Kin (bukan nama sebenar) ya. Merayu . Wassalam. 


3 comments:

Wan Nur Adilah Wan Roshdan said...

InsyaAllah kak. InsyaAllah :)

Ben18 said...

Alahai cerita ini macam novel sedih pun aduhai...saya nak share something yang mungkin Syafiqah boleh sampaikan pada dia dan sebagai semangat untuk dia terus istiqamah dan hidup dibawah bayangan Al-Quran..(juga untuk diri ini yang lalai nih)

Sabda nabi s.a.w yang ertinya : Orang yang membaca al-quran dan dia mahir dengannya bersama malaikat yang mulia dan orang yang taat. Sesiapa yang membaca al-Quran sedangkan dia tersekat-sekat padanya dan dia begitu susah atasnya maka baginya dua pahala (pahala membaca dan pahala kesusahan).
- Sohih Bukhari dan muslim

-Allah taaahu keadaan hamba2nya, sebab tu ada hadis ni. Allah tak kan biarkan mereka yang nak dekat padaNya.

Sabda nabi s.a.w yang artinya : Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarnya.
Muttafaqqun 'alaihi

-sekarang dah belajar, InsyaAllah masuk dah dalam hadis ni, nanti esok dah pandai ajarlah jangan malu2. Dan selain belajar baca boleh belajar beramal dgn Quran.

p/s: cerita ni memberi penampar kepada orang mcm aku ni yg ada info lebih sikit psl agama, tapi kekuatan utk beramal lemah gilakan..doakan aku jugak.

nurulafiqahshahrulnizam said...

InsyaAllah. :)